Rujukan

Glosari

129 istilah dari Tingkatan 4 dan 5.

Aliran maklumat
proses komunikasi yang memindahkan maklumat daripada sesebuah organisasi kepada organisasi lain. m/s 209 T4 Bab 4
Analisis SWOT
analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman perniagaan. m/s 107 T4 Bab 2
Ar-Rahnu
barang berharga dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman. m/s 71 T5 Bab 3
Bahagian fungsian
sebahagian atau rantaian dalam organisasi yang mempunyai tanggungjawab dan fungsi secara khusus. m/s 175 T4 Bab 4
Bangunan
tempat untuk menjalankan operasi perniagaan. m/s 44 T5 Bab 2
Bank Negara Malaysia
bank pusat yang memantau ekonomi negara, kestabilan kewangan dan sistem pembayaran. m/s 65 T4 Bab 2
Bantuan profesional
sokongan kewangan dan bukan kewangan kepada usahawan. m/s 147 T5 Bab 5
Barang
item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang. m/s 12 T4 Bab 1
Belanja
kos yang dibayar dalam perniagaan, seperti insurans, gaji dan sewa. m/s 101 T5 Bab 4
Belanjawan kos
rancangan perbelanjaan yang menunjukkan kos pengeluaran untuk tempoh tertentu. m/s 107 T5 Bab 4
Campuran pemasaran
gabungan produk, tempat, harga dan promosi. m/s 146 T5 Bab 5
Carta aliran proses
langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan. m/s 208 T5 Bab 7
Carta Gantt
carta yang menunjukkan aktiviti yang dirancang bersama tempoh masa yang ditetapkan. m/s 130 T4 Bab 3
Carta organisasi
struktur organisasi yang dipamerkan dalam bentuk hierarki. m/s 175 T4 Bab 4
Dasar fiskal
dasar kerajaan yang menggunakan perbelanjaan kerajaan dan cukai untuk mempengaruhi ekonomi. m/s 80 T4 Bab 2
Dasar kewangan
dasar Bank Negara Malaysia mengawal penawaran wang dan kadar faedah. m/s 80 T4 Bab 2
Dasar lambakan
strategi menjual produk dengan harga di bawah kos untuk menyingkirkan perniagaan kecil daripada pasaran. m/s 113 T4 Bab 2
Daya saing
kemampuan perniagaan mengekalkan operasinya dalam industri. m/s 141 T4 Bab 3
Deflasi
penurunan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan. m/s 85 T4 Bab 2
Dokumen perniagaan
sumber rekod maklumat urus niaga perniagaan secara tunai atau kredit. m/s 172 T5 Bab 6
e-dagang
sistem urusan tempahan, pembelian dan pembayaran secara dalam talian. m/s 204 T4 Bab 4
Ekonomi bidangan
pengeluaran besar-besaran yang mengurangkan kos seunit ke tahap paling minimum. m/s 44 T4 Bab 1
Faktor dalaman
faktor dalam organisasi yang boleh dikawal oleh perniagaan (persekitaran tugas). m/s 87 T4 Bab 2
Faktor luaran
faktor persekitaran umum seperti ekonomi, politik dan perundangan, pelanggan, masyarakat, persaingan dan jaringan. m/s 87 T4 Bab 2
Francais
hubungan perjanjian urus niaga antara francaisor dengan francaisi. m/s 33 T4 Bab 1
Francaisi
syarikat yang membeli hak kebenaran menggunakan jenama daripada francaisor. m/s 35 T4 Bab 1
Francaisor
syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama produk. m/s 34 T4 Bab 1
Gaji
bayaran tetap oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang tenaga dalam organisasi. m/s 26 T5 Bab 1
Gangguan
unsur luaran yang mempengaruhi proses komunikasi. m/s 211 T4 Bab 4
Guna tenaga penuh
keadaan kadar pengangguran tidak melebihi 4 peratus; yang tinggal hanya pengangguran geseran. m/s 81 T4 Bab 2
Hak cipta
hak eksklusif pencipta karya untuk mengawal penggunaan karyanya bagi tempoh tertentu. m/s 51 T5 Bab 2
Harga
bayaran yang perlu dibayar oleh pembeli untuk memiliki produk atau perkhidmatan. m/s 185 T5 Bab 6
Harta intelek
hasil kreativiti atau ciptaan daya intelektual seseorang. m/s 49 T5 Bab 2
Indeks Pencapaian Utama
petunjuk prestasi pencapaian kerja pasukan (KPI). m/s 6 T5 Bab 1
Inflasi
kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan. m/s 83 T4 Bab 2
Jualan
transaksi jual beli antara penjual dan pembeli yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak. m/s 145 T4 Bab 3 m/s 183 T5 Bab 6
Kebolehkerjaan
kemahiran atau kebolehan pekerja yang membuatkan bakal majikan berminat menawarkan pekerjaan. m/s 16 T5 Bab 1
Kecairan
keupayaan aset ditukar kepada tunai dengan mudah tanpa menjejaskan nilainya. m/s 113 T5 Bab 4
Kecekapan
kemampuan memaksimumkan hasil dengan meminimumkan kos. m/s 139 T4 Bab 3
Kedudukan tapak projek
lakaran atau pelan yang menunjukkan lokasi tapak perniagaan sebenar atau yang dicadangkan. m/s 204 T5 Bab 7
Kehendak
keinginan untuk hidup dengan lebih selesa; tidak terhad, sukar dipuaskan dan berbeza antara individu. m/s 6 T4 Bab 1
Kemudahan
kelengkapan infrastruktur yang membantu pengurusan perniagaan. m/s 44 T5 Bab 2
Keperluan
sesuatu yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan; terhad, mudah dipuaskan dan sama bagi semua individu. m/s 6 T4 Bab 1
Keuntungan
lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat. m/s 7 T4 Bab 1
Khidmat pelanggan
keupayaan menyampaikan produk yang memenuhi keperluan pelanggan melebihi harapan mereka secara berterusan dan konsisten. m/s 198 T4 Bab 4
Kilang
tempat memproses bahan mentah kepada produk siap. m/s 44 T5 Bab 2
Klasifikasi perniagaan
penyusunan perniagaan dalam kelompok tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan. m/s 38 T4 Bab 1
Kontrak
perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu yang mengikat mereka secara sah. m/s 7 T4 Bab 1
Koperasi
organisasi perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu dengan konsep milik bersama. m/s 29 T4 Bab 1
Kos berubah
kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran. m/s 107 T5 Bab 4
Kos jualan
kos dan belanja untuk membeli barang niaga. m/s 101 T5 Bab 4
Kos tetap
kos yang tidak berubah walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang. m/s 107 T5 Bab 4
Kuantitatif
kaedah pengukuran menggunakan data bernombor yang boleh diukur secara objektif dan tepat. m/s 128 T4 Bab 3
Lesen perisian
perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian. m/s 49 T5 Bab 2
Liabiliti terhad
pemilik hanya rugi setakat modal yang dilaburkan jika perniagaan muflis. m/s 27 T4 Bab 1
Liabiliti tidak terhad
aset peribadi pemilik boleh digunakan untuk menjelaskan hutang perniagaan. m/s 22 T4 Bab 1
Milikan tunggal
perniagaan yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seorang individu. m/s 18 T4 Bab 1
Misi
pernyataan sebab organisasi wujud pada masa ini berdasarkan matlamat dalam visi. m/s 133 T4 Bab 3
Nisbah kecekapan
nisbah yang menentukan kecekapan pengurusan mengendalikan stok dan aset untuk menjana keuntungan. m/s 114 T5 Bab 4
Organisasi bermotifkan untung
organisasi yang mengeluarkan dan menjual barang dan perkhidmatan dengan objektif utama mendapatkan keuntungan (OBU). m/s 13 T4 Bab 1 m/s 124 T4 Bab 3
Organisasi bukan bermotifkan untung
organisasi yang memenuhi keperluan awam dan membantu golongan kurang berkemampuan (OBBU). m/s 14 T4 Bab 1 m/s 125 T4 Bab 3
Overdraf
kemudahan kredit bank perdagangan yang membenarkan pemegang akaun semasa mengeluarkan wang melebihi baki hingga had tertentu. m/s 71 T5 Bab 3
Pajakan
menyewa mesin atau jentera daripada bank bagi tempoh tertentu tanpa memilikinya. m/s 71 T5 Bab 3
Pasaran
keadaan berlakunya urus niaga antara penjual dengan pembeli pada tingkat harga dan masa yang dipersetujui; boleh wujud dalam talian seperti e-dagang. m/s 90 T4 Bab 2
Pasaran antarabangsa
aktiviti perniagaan antara sebuah negara dengan negara lain melalui import, eksport dan entreport. m/s 50 T4 Bab 1
Pasaran domestik
penjualan produk pada peringkat pasaran dalam negara. m/s 49 T4 Bab 1
Paten
hak eksklusif yang dianugerahkan oleh kerajaan untuk reka cipta baharu, iaitu produk atau proses; dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan. m/s 113 T4 Bab 2
Pemasaran
aktiviti mencipta nilai barang, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan pertukaran. m/s 189 T4 Bab 4 m/s 145 T5 Bab 5 m/s 183 T5 Bab 6
Pembangunan pasaran
strategi mencari pasaran baharu untuk memasarkan produk sedia ada. m/s 201 T4 Bab 4
Pembangunan produk
strategi pertumbuhan yang memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada. m/s 199 T4 Bab 4
Pembelian
aktiviti antara penjual dan pembeli untuk menukarkan barang dan perkhidmatan dengan alat transaksi yang sah. m/s 185 T4 Bab 4
Pemegang saham
pihak yang melaburkan modal dalam perniagaan dan memilikinya. m/s 161 T4 Bab 3
Pemfaktoran
kemudahan membeli akaun penghutang atau invois pada harga diskaun; tugas mengutip hutang dipindahkan kepada syarikat pemfaktoran. m/s 71 T5 Bab 3
Pengagihan
memastikan barang atau perkhidmatan diterima pengguna mengikut tempat dan masa yang tepat dalam keadaan baik. m/s 191 T4 Bab 4
Pengeluaran
proses transformasi yang menukarkan input kepada output untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. m/s 186 T4 Bab 4
Penggajian
semua urusan berkaitan gaji pekerja. m/s 26 T5 Bab 1
Pengguna setia
pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan secara berterusan. m/s 191 T4 Bab 4
Pengurusan kewangan
aktiviti merancang, menyusun, mengarah dan mengawal pembiayaan dan perbelanjaan perniagaan. m/s 180 T4 Bab 4
Pengurusan sumber manusia
usaha pembangunan tenaga kerja untuk menarik, membangun dan mengekalkan pekerja yang berprestasi tinggi. m/s 5 T5 Bab 1
Pentadbiran
pelaksanaan tugas yang ditetapkan ke arah mencapai visi, misi dan objektif perniagaan. m/s 177 T4 Bab 4
Penutup
rumusan dan cadangan terhadap perniagaan yang ingin dijalankan. m/s 213 T5 Bab 7
Penyata aliran tunai
penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan tunai bagi suatu tempoh. m/s 99 T5 Bab 4 m/s 181 T5 Bab 6
Penyata kewangan
laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan bagi suatu tempoh: untung rugi serta nilai aset, liabiliti dan ekuiti. m/s 99 T5 Bab 4
Penyediaan perkhidmatan
aktiviti yang ditawarkan kepada pelanggan untuk menarik minat mereka membeli, seperti penghantaran ke rumah. m/s 146 T4 Bab 3
Penyelenggaraan dan baik pulih
gabungan tindakan teknikal dan pentadbiran untuk mengekalkan atau memulihkan sumber supaya berfungsi dengan baik. m/s 47 T5 Bab 2
Penyelidikan dan pembangunan
pembangunan produk baharu dan penambahbaikan produk sedia ada (R&D). m/s 184 T4 Bab 4
Perkhidmatan
aktiviti yang memberi manfaat kepada orang lain dan tiada bentuk fizikal. m/s 12 T4 Bab 1
Perkongsian
kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan perniagaan berasaskan syarat yang dipersetujui. m/s 20 T4 Bab 1
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
perniagaan alternatif yang menggabungkan ciri-ciri syarikat dan perkongsian konvensional. m/s 162 T5 Bab 6
Perniagaan
aktiviti urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. m/s 5 T4 Bab 1
Perniagaan yang mampan
perniagaan yang mempunyai kekuatan dalam penciptaan nilai serta mengekalkan prestasi kewangan dan penarafan yang meningkat secara berterusan. m/s 11 T5 Bab 1
Pertukaran nilai
pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan produk yang diperoleh. m/s 7 T4 Bab 1
Pertumbuhan ekonomi
peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sesebuah negara. m/s 79 T4 Bab 2
Pertumbuhan perniagaan
hasil yang meningkat dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat perniagaan. m/s 137 T4 Bab 3
Pinjaman asas simpanan
konsep TEKUN: pinjaman digunakan sebagai modal tambahan perniagaan. m/s 73 T5 Bab 3
Produk
kombinasi barang dan perkhidmatan. m/s 6 T4 Bab 1
Promosi
proses memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli. m/s 185 T5 Bab 6
Publisiti
maklumat tentang produk melalui media massa; kos siaran biasanya ditanggung media. m/s 186 T5 Bab 6
Pulangan belian
barangan yang dipulangkan kepada pembekal. m/s 101 T5 Bab 4
Pulangan jualan
barangan yang dipulangkan oleh pengguna kepada perniagaan. m/s 101 T5 Bab 4
Rancangan perniagaan
dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan atau projek secara menyeluruh dan terperinci. m/s 197 T5 Bab 7
Rekod ambilan dan modal
rekod ambilan oleh pemilik daripada perniagaan untuk kegunaan sendiri; ambilan mengurangkan modal. m/s 173 T5 Bab 6
Rekod kos operasi
dokumen catatan perbelanjaan selain kos pembelian barang niaga, contohnya bil pengangkutan, insurans, gaji dan utiliti. m/s 173 T5 Bab 6
Rekod pembelian
dokumen catatan aktiviti pembelian, contohnya bil tunai, resit, invois dan slip daftar tunai. m/s 173 T5 Bab 6
Ringkasan eksekutif
gambaran ringkas dan spesifik tentang keseluruhan perniagaan, seperti jenis, nama, alamat dan tarikh beroperasi. m/s 200 T5 Bab 7
Rizab
keuntungan daripada hasil pelaburan yang digunakan sebagai modal pusingan. m/s 70 T5 Bab 3
Sasaran jualan
anggaran jualan perniagaan dalam tempoh masa tertentu. m/s 205 T5 Bab 7
Sasaran pasaran
kumpulan pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang berpotensi membeli produk. m/s 190 T4 Bab 4
Sasaran pelanggan
kumpulan sasaran yang akan menggunakan produk atau perkhidmatan perniagaan. m/s 205 T5 Bab 7
Sasaran untung
anggaran keuntungan selepas ditolak kos operasi dan pengurusan. m/s 205 T5 Bab 7
Sewa beli
menyewa aset dengan tujuan membelinya; hak milik berpindah selepas semua ansuran dijelaskan. m/s 71 T5 Bab 3
SMART
akronim rangka membentuk objektif yang berkesan: spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, munasabah, jangka masa. m/s 127 T4 Bab 3
Sosiobudaya
amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu kaum di sesebuah negara. m/s 156 T4 Bab 3
Standard Prosedur Operasi
dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi tertentu (SOP). m/s 13 T5 Bab 1
Stok
barang yang disimpan untuk dijual. m/s 143 T5 Bab 5
Struktur matriks
sistem berbilang arahan yang menggabungkan struktur fungsi dan struktur produk. m/s 23 T5 Bab 1
Struktur organisasi
susunan dan hubungan antara setiap bahagian fungsian untuk mencapai visi, misi dan objektif perniagaan. m/s 175 T4 Bab 4 m/s 21 T5 Bab 1
Sumber fizikal
aset berbentuk ketara atau nyata yang dimanfaatkan organisasi untuk menjalankan perniagaan. m/s 43 T5 Bab 2
Sumber modal formal
modal yang diperoleh daripada bank atau institusi kewangan. m/s 71 T5 Bab 3
Sumber pembiayaan dalaman
modal awal yang digunakan usahawan untuk memulakan perniagaan, seperti simpanan peribadi dan rizab. m/s 70 T5 Bab 3
Surat ikatan perkongsian
perjanjian perkongsian yang mencatatkan syarat-syarat perkongsian. m/s 20 T4 Bab 1
Syer
bahagian dalam modal sesuatu perniagaan atau saham. m/s 71 T5 Bab 3
Syer pasaran
peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli produk sesebuah perniagaan berbanding pesaing. m/s 144 T4 Bab 3
Titik pulang modal
kaedah untuk mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung (TPM). m/s 136 T4 Bab 3 m/s 110 T5 Bab 4
Trend
arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan. m/s 87 T4 Bab 2
Undang-undang
peraturan yang termaktub dan ditentukan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan anggotanya. m/s 97 T4 Bab 2
Usaha sama
perkongsian strategik dua atau lebih individu atau syarikat untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam jangka masa tertentu. m/s 36 T4 Bab 1
Usahawan
individu yang mengusahakan perniagaan sehingga berjaya dan mengambil risiko. m/s 150 T5 Bab 5
Visi
wawasan dalam pengurusan strategik yang mengambil masa lebih daripada lima tahun untuk dicapai. m/s 131 T4 Bab 3